Wednesday, July 8, 2015

#36

          Almost Lover dari A Fine Frenzy menjadi halwa telinga malam ini dengan harapan mampu tenangkan hatinya yang serba serbi gelisah. Seperti mana mana lepasan SPM, dia sedang menghabiskan masa senggangnya dengan hiburan yakni twitter dan instagram. Skrol skrol skrol like like like skrol skrol skrol rt rt rt skrol skrol..eh jap. Matanya tertumpu pada satu gambar. Gambar itulah yang sedang dia tunggu dari laki laki itu disamping satu panggilan telefon, satu kiriman esemes, satu teguran dari whatsapp, hanya satu dari laki laki itu yang ditunggunya dan dia hanya mampu berpuas hati dengan senyap senyap menerjah twitter dan instagram laki itu sembunyi sembunyi. Ah. Loser? Pathetic? Sadis? Ahh to the hell with all of that.
Dia tersengih sumbing membaca butir butir kapsyen dan lama gambar gambar itu ditatapnya. Rindu, barangkali.Siapa sangka suara yang sering sahaja memekak dan bingit bingit sebut sebut nama dia, suara itu juga yang pernah merdukan Mewangi, Akim bikin dia senyum senyum tiap kali mendengar voice note itu. Siapa sangka kalau dulu gaduh gaduh maki maki jerit jerit, bisa terputik satu rasa bikin dia jadi keliru dengan jiwanya sendiri. Kalau dulu sebutan 'eh sayaaaang' dan 'good morning baby' menjadi pengikat derai ketawa mereka pagi pagi, sebutan sebutan itu sekarang pengikat rindu dia ke laki laki itu pada lewat malam. Tak ku sangka tak ku duga akhirnya ada sikit cebis perasaan sendiri bertaut jua. 'Ah parah.' Bisik hati kecilnya. Dia bingkas bangun dan perlahan perlahan menuju ke dinding memori yang tertampal gambar gambar yang diambilnya.

-------

"Weh serious aku taktahu apa masalah dia sebenarnya. Aku ingat dia merajuk dengan kau sorang je ke apa tapi tadi aku tegur dia pagi tadi, dia jeling aku je weh?!"

'Ha kan, aku tau, aku perasan.' Suaranya lemah mengadu.

"Dia macam ada masalah lah? Habis tu takkan dia dah tak nak kawan dengan kita ke apa? Sombong gila macam tu tetiba."

'Hahaha entahlah. Aku pun cakap hai satu minggu ni depan mata dia macam biasa, dia tak pandang aku sekali pun.' Suaranya semakin sayu. Hatinya semakin pilu.

"Ala kau jangan emo pulak hahaha."

'Haha tsk tsk taklah tsk tsk.' Jatuh dari tubir mata.

"APSAL KAU NANGIS? KAU SELAMA INI TERKESAN KE? LAH AKU INGAT KAU MEMAIN JE DOHH WEH BUKAN KORANG GURAU GURAU JE KE? WEH KAU SANGKUT KAT DIA KE?!"

'Haha apa aku ni...'

Mengapa? Entah. Dirinya sendiri keliru. Pentingnya, hatinya jadi hiba pagi itu. Kertas latihannya basah hasil jatuh mutiara jernih itu.

-------

"Weh jom lah balik! Dah petang ni!"

'Um kau tunggu kejap boleh tak? Aku nak ambil gambar dengan dia. Sekali ni je. Last.'

Sahabatnya tersenyum. Simpati. "Pergilah, good luck."

Dupdapdupdapdupdapdupdapdupdap. Rancak berdetak bunyi jantungnya. Fuh, rilek rilek.

'Oi jom amik gambaaar.' Senyum manis dilemparnya ke dia.

"Em jap bagi aku tukar baju."

10 minit berlalu. Dia masih berdiri di situ, menunggu. Kawan kawannya menggesa balik untuk mengejar bas. Masih tidak nampak kelibat si dia. Dilambai lambai tangannya sebagai isyarat untuk mereka jalan dahulu. Pasti, dia mahu menunggu.

"Weh jom lah balik. Kau dah tunggu kan? Dia dah tak nak lah tu."

'Taklah, tak. Dia cakap dia nak tukar baju je.'

Masih berdegil. Tak mungkin janjinya dimungkir. Dia percaya si dia pasti akan muncul lambat laun. Dia pasti. Matanya melilau mecari cari kehadiran dia tetapi gagal. Hatinya berdegup laju. Dia tertanya tanya. Jadi perlahan perlahan dia membisik, 'Hari ini je. Biarlah hari ini mungkin jadi kali terakhir aku ukir satu lagi memori dengan dia. Kalau dia muncul, aku tak minta apa apa lagi dah, aku tak harap apa apa lagi dah. Kali ini je, hari ini je!' Dia pusing ke kanan ke kiri. Dia tertunduk. Tatkala mengalihkan pandangan, dia menarik nafas dan menghembus perlahan lalu tersenyum. Laki laki itu berbaju merah dan berdiri di hadapan matanya lalu terus ke sisinya.

'Weh! Tolong amikkan gambar!' Jerit dia ke temannya.

"1 , 2 , 3~" Click!

'K dah. Thanks tau. Um okbai jaga diri jangan stres ke apa jaga diri eh jangan lupa aku tau hahaha ok lah aku balik dulu take care!
Ok baaaai!'

-------

          Senyumannya masih meleret. Dia meletakkan kembali gambar polaroid itu ke dalam dompetnya. Dia puas. Puas hati. 
Tak mahu bersedih sedih. Hatinya lega. Biarlah terindu terindu. Biarlah terbayang bayang. Tak minta apa apa lagi dah, tak harap apa apa lagi dah. Terus menekan butang 'back', keluar dari twitter si dia, keluar dari instagram si dia. Dan dia puas. Hatinya lega. 
Tak mahu bersedih sedih. Butang 'next' ditekan. Dia tersenyum tatkala Dan Sebenarnya-Yuna menjadi teman pengganti malam ini.
Pabila kau merenung matanya, ku rebah jatuh ke bumi.

No comments:

Post a Comment