Sunday, May 10, 2015

#31

I dah tahu cakap cakap dia memang tak boleh pakai. Macam janji janji dia, samalah dua kali lima sembang kencang je.
Cara dia, the art of his lies, minta maaf dia akan tabur sikit i lep chu i mish you i nak you i nak second chance i tak boleh lupa you.
Haih, senang je dah boleh tangkap how he plays his games.
I dah pernah nak terjatuh tertangkap lentok, nasib baik otak masih dalam kepala bukan dekat lutut, I sepak diri gegar kepala hotak bagi betul betul pijak realiti. Sampai bila nak butakan mata sendiri walhal dah terang tang tang lagi bersuluh?

I lep chu cakap you, I suka bila kita sama sama cakap dia.
I mish you cakap you, awek I taknak layan I dah cakap dia.
I nak you sorang cakap you, I fed up dengan gf I sekarang cakap dia.
Bagi I peluang kedua cakap you, layan lah I sampai awek I habis merajuk cakap dia.

I bagi muka sikit, tak maki, tak jahat, melebih dia ewah ewah lebih sudu dari kuah.
I tak bagi muka, maki maki, cakap jahat, selalu salahkan I suka tengking tengking orang.

You, sebelum you rembat muka I, you rembat bontot dia.
You, sebelum you cakap I mainkan hati orang, you pergi salam dia.

No comments:

Post a Comment