Friday, April 10, 2015

#29

Okaylah. Asyik cerita yang sedih sedih yang marah marah yang buruk buruk.
Let's talk about something nice.

Jujur, aku sayangkan kawan kawan aku.
Tapi aku tak pandai minta minta simpati walaupun aku punya hak untuk minta tolong minta perhatian, kawan kan?
Jujur, aku dulu selalu diam diam kalau sedang celaru sendiri.
Tapi, kawan aku mesti pandai dari aku entah dari ceruk mana lubang bontot siapa mesti tahu mesti perasan, kawan kan?
Jujur, aku dulu yang gembira gembira suka buat orang gelak tengok bodoh bodoh aku.
Tapi, kawan aku mesti teman buat bodoh bodoh sama sama, ajak pandai sama sama, mesti teman hibur hati dengan benda bodoh bodoh diorang, kawan kan?

Geli hati, tahu.

Kawan aku, yang betul aku angkat kawan kamceng ngam lekat pakai gam uhu, susah susah tunjuk sayang, kecuali seorang dua.
Kita bukan tak mahu, tak sayang, kita tak tahu cara. I get it, they get it. I'm ok, they're ok.
Mungkin fahaman aku tak sekiblat mentaliti kau.
Aku tak faham, dah cuba, tetap tak dapat masuk otak bila aku tengok ada kawan yang sekejap sekejap 'prettynyaa' 'eh u lagi lawa' 'mana ada awak lagi hot ok' 'ee dia yang cantik'. Taktahu lah kalau kalau ada susah nak cakap, thank you, Tuhan bagi pinjam.
Sorry, maaf, but I just can't get it, dah try awak, sorry maaf, I just can't.
Bila ada geng yang buat hal komen sejenis species macam itu, aku rasa macam kena sindir dengan sarkastik yang teruks rasa macam nak lempang lempang manja kawan kita itu. Puloks dah. But that is just the way we roll.
Bukan tak boleh, kauorang jangan emo pula lepas ni nyampah aku nak pujuk pujuk, cuma tak dapat masuk jiwa.

Kau sengih sengih pulak.

Kawan aku jaga aku macam aku ni makeluk bio-hazard tak tetap kondisinya yang perlu diawasi sepanjang masa yang dia orang ada.
Ye tahu, terover merafora, ok. But you get me, kan?
I'm grateful for that. Bukan senang ada kawan baik tapi bingai macam aku. Not the baik yang macam aku, the bingai part, obviously.
Jujur, seronok sebenarnya kau ada kawan dalam bilangan besar, kenal ramai orang, belajar baik buruk, dapat ilham ilmu dari pengetahuan orang, seronok sama sama.
Jujur, selamat sebenarnya kau ada kawan dalan sebilangan kecil kau boleh betul betul lempar semua baik buruk sedih hancur dan tak perlu rugi apa apa.
Win-win kan.
Macam lari dengan apa aku nak sampaikan. Garu garu dagu.

Aku tak pandai keep in touch. Call gosip gosip, text tanya berita terkini, whatsapp share lawak hambar babi, skype tatap tenung.
I am sorry for that. Rasa loser seloser losernya. Sebab itu bila aku ada cuba, aku rasa macam tak layak aku dah diam separuh mati tiba tiba bising bising sembang itu ini. Typing typing, delete delete. Episod hidup aku isi hari hari. Parah parah parah.
Tak semesti tak contact, tak sayang kan? Ke aku punya kepala otak sorang rasa macam tu..
Bila jumpa, riuh satu kampung ayam beranak telur sekangkak. Bila habis jumpa, aku nangis sendiri bila dapat macam ini lagi. Parah.





'To have a good friend, you have to be one.'
Aku fikir fikir fikir, I am not a good friend but how in the world I get to know these amazing people by my side to be my friends?
Semua, sayang, semua orang.

No comments:

Post a Comment