Thursday, March 12, 2015

#26

Sumpah aku tak faham apa lagi kehendak dan kemahuan perempuan yang gilakan boyfriend dia.
Kau rembat orang punya hak, dan jadikan hak kau tanpa segan silu tanpa mukadimah sepatah dua.
Kau tayang boyfriend kau pada seluruh dunia.
Kau letak bio, kapsyen, status tentang hebatnya kisah cinta kau dengan dia.
Dan kau macam janda gila mengamuk marah marah kenapa perempuan menggatal dengan dia.
Sudah terang lagi bersuluh, kau tak reti jaga boyfriend terchenta sibuk tunjuk cerita fiksyen kau reka sendiri malukan pipi sendiri yang tersorong sorong dan sekarang kau sibuk sebat bontot orang lain?

Laki kau yang call orang lain pagi petang siang malam.
Laki kau yang mesej orang lain bilang I love you dan kata rindu rindu.
Laki kau yang sibuk mahu tahu perihal orang lain apa dia buat apa dia sihat.
Laki kau yang whatsapp orang lain cakap mahukan dia dan bilang kau hanya patung dia.
Laki kau yang sibuk cari orang perempuan lain, bukan perempuan lain nak sangat dengan laki kau.

Perempuan lain cuba tolong kau bongkar kebenaran kasi bukti suruh kau tinggalkan jantan tak guna itu.
Perempuan lain cuba tolong kau keluar dari ceritera cinta yang terjadi atas dasar cereka semata mata.
Perempuan lain cuba tolong kau, si perempuan.
Tapi kau otak senteng, mentaliti orang tak bertamadun, sibuk marahkan perempuan lain dan menangkan laki kau.


Sikit pun aku tak hamak hubungan ‘made in china’ kau tu. Lagi lagi jantan keparat yang dasar penipu.

No comments:

Post a Comment