Tuesday, January 6, 2015

#23

Yelah, aku budak budak sebab besar besarkan benda.
Yelah, aku budak budak sebab ungkit ungkit masalah lama.
Yelah, aku budak budak sebab marah marah teruk.

Ramai pandang aku serong, label aku yang bukan bukan, cakap aku yang macam macam, apa saja aku buat dibilang salah,
reputasi aku remuk teruk, aku terus terus dibilang perempuan paling keberet.

Yelah, sebab kau cinabeng.

Yelah, kau tak salah sebab masa itu kau tak tahu.
Yelah, kau tak salah sebab kau tak fikir dahulu.
Yelah, kau tak salah sebab mereka mereka yang cakap bukan kau.

Tak pernah ke kau cuba tanya aku dan pertahankan aku daripada omongan mereka?

Oh, ingatkan aku kau kawan.
Ingatkan kau boleh betulkan apa cilaka mereka cakap.
Ingatkan kau boleh bagi mereka tahu benda benar benda betul.
Ingatkan kau faham perasaan orang kena khianat.

Yelah, takpe kalau kau cakap aku yang buruk buruk.
Takpe, kalau kau tipu ubah cerita putar belit itu ini.
Takpe, kalau kau ubah persepsi orang ke aku.

Eh eh dunia, sini aku kasi tahu.
Perempuan inilah yang durjana, yang paling mambang, yang setan, yang cilaka, eh itu aku lah dia.
Lagi pada laki laki satu sekolah dahulu, yelah aku lah the bitch yang hobi lapangnya mainkan perasaan kawan kawan kauorang, perempuan tak sedar diri langsung tak pernah menghargai, tak ada rasa malu, bikin benda yang bukan bukan, ya akulah dia.

Weh cinabeng.

Rupanya cara kau baik dengan kawan; kau makan dia mentah mentah asah parang diam diam cincang cincang dia dari belakang.
Rupanya cara kau pinta perhatian palsu; kau tabur tabur cerita busuk bangkai untuk disimpati untuk dikasihani untuk ditimang timang.

Weh.

Cinabeng macam kau; trust orang bina yang ambil masa berbulan kau senang hancur pijak lumat sampai kenyang tanpa serba salah dan bilang tak sengaja oh sebab kau lupa kau pernah cakap apa lupa kau cerita apa.
Cinabeng macam kau; orang diam diam sendiri depresi sorang sorang langsung tak percayakan orang dan kurung hati bina tembok ego paling tinggi.

Sebab kau dulunya kawan, aku tahan dari letup letup.
Sebab kau dulunya kawan, aku tak carut carut.
Sebab kau dulunya kawan, kau fikir rasa aku apa bila kena benda nokhorom yang sama dengan kau cinabeng yang dulunya kawan.



Weh.
Setiap kali kau cuba call, message, whatsapp, kirim pesan, kau fikir rasa aku apa kau fikir lah weh fikir fikir fikir fikir bukan kerja minta maaf cakap jaga diri jaga itu jaga ini kau fikir dulu fikir lah setan fikir fikir fikir fikir!

No comments:

Post a Comment