Friday, November 7, 2014

#19

Nampaknya, ramai orang gelabah.

Macam gini.

Kalau aku happy, aku jadi happy sangat.
Aku lompat lompat, aku bercakap dengan pitch paling bimbo dan aku goyang goyang macam aku layan club dangdut, aku senyum lebar ikut telunjuk Joker, aku buat lawak yang paling hambar dan aku ketawa dan jadi hyper gila gila hanya dengan sekelip mata.

Kalau aku malas, aku jadi down sangat.
Aku nak baring nak tidur satu hari satu malam hanya bangun sebab tuntutan agama dan layan tumblr layan cerita yang menyedihkan dengar lagu yang meruntun jiwa dan semua orang aku tanak layan dan aku akan berkurung mental sorang sorang

Ya. Aku layan perasaan sampai efek fizikal dan mental.

But you know what? Feelings exist because they need to be felt.

Jadi kalau aku sedang tweet depresi, sejujurnya aku okay dan biasa biasa cuma terlebih layan jiwa so save your advices and comfort words for those who need it more dan selamatkan aku dari rasa bersalah sebab tak layan korang yang baik hati murni niatnya.

Bila aku betul jatuh terhempas, aku akan bagitau korang semua dan masa itu kau boleh datang jumpa bawa bunga dan gula dan gendong aku dan beri kata kata manis bagi merangsang semangat untuk aku bangun sendiri hadap realiti dunia, itu aku janji.

For now, I’m okay. Jangan gelabah sebab patutnya aku yang emo bukan korang. 









PS; Tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa, maafkan khilaf saya kalau ada sesiapa tertanggung perasaan sedih sebab saya orang biasa, jaga hati semua orang berada di luar kemampuan saya.

No comments:

Post a Comment