Tuesday, November 11, 2014

#20

Petang tadi makan kepsi dengan family.

Sedang gelojoh mengunyah, ternampak satu pasangan.

Duduk selang tiga meja.

Usha punya usha, rupanya tengah gaduh.

Mula mula aweks sedang sroot sroot air pepsi.

Dan mereka bercakap dengan suara yang halus atau mungkin sedang berbisik sesama sendiri barangkali.

Atau maybe aku yang pekak. Atau faktor kedudukan tak berapa strategik.

Tiba tiba, aweks terus berpaling dan memandang ke tepi (yakni tak pandang pakwe)

Pakwe angkat kerusi dekatkan diri dengan aweks.

Pakwe cakap cakap lagi. Aku tahu sebab tengok gerak bibir tapi malangnya bukan seorang lip reader.

Pakwe sentuh bahu aweks. Aweks elak dan tetap pandangannya jauh ke tepi.

*selit bunyi suspen*

Bahu aweks terhenjut henjut. Sedang titiskan airmata barangkali.

Pakwe menggembleng segala usaha pujuk aweks tersayang.

Rayuan demi rayuan, ribuan demi rayuan, segala hamburan kata kata tidak diendahkan oleh aweks.

Pakwe bercakap dan tiba-tiba, pakwe terus berpaling juga (yakni tak pandang aweks)

Mereka saling tidak berpandangan dan wujud sedikit tension di situ.

Oh, pakwe turut titiskan airmata.

Mereka sedang bertanding siapa paling gembeng.

Mereka berpegangan tangan dia bawah meja dengan erat tak tunjukkan tanda mahu lepas.

Aweks pandang pakwe. Aweks bercakap sesuatu dan pakwe tetap kaku.

Aweks usap lembut bahu pakwe dan sapu airmata pakwe.

Mereka berpandangan dan wujud sedikit tension di situ.

Dan mereka terus berpegangan tangan.

Yang lain; ‘eh kenapa ek?’ ‘apa jadi sampai aweks nangis?’ ‘pakwe pun nangis kenapa?’

Aku; ‘kenapa diorang tak makan ayam kepsi?’












PS; Alep cakap 'Kalau erin tu, laki tu yang nangis kut.' BIADAP NAK MAMPOS.

No comments:

Post a Comment