Friday, October 24, 2014

#18

Last seen on 4.45 pm.

Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, aku sadar.
Lamanya aku tidak hubungi engkau.
Ah mungkin kau sudah mampu hidup tanpa aku sentiasa di sisi rasanya.
Rasa rindu mula bertapak dan akhirnya bercambah jadi bunga paling besar.
Masih dalam kekalutan dunia, masih dalam kesibukan manusia, aku mampu fikir akan engkau.

Kau ada. Aku datang. Hai dan hello menjadi pemanis mulut kita.
Kita duduk sama sama. Aku senyum dan kau lempar senyum yang sudah lama aku rindu itu.
Mengapa kau kelihatan penat? Mengapa kau kelihatan sedih? Mengapa sepertinya kau tidak terurus? Apa kau sakit?
Apa kau stress? Apa kau okay?
Bertalu soalan datang menyerang dan senyuman serta gelak kecil menjadi jawapan semua.
Singkatnya masa tatkala kita luang masa bersama.
Masa tiba untuk aku pergi dan tinggalkan engkau.

-

Astagfirullahazim.
Aku harap kau okay. Aku harap kau sihat. Aku harap kau mampu fikir waras. Aku harap kau tak nangis terus terusan.
Aku harap kau makan. Aku harap kau dapat cium dia untuk kali akhirnya. Aku harap kau okay.
Seperti biasa, aku panik tak tentu hala. Terdiam dan terpinga-pinga.
Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, engkau tempuh cabaran besar.
Aku harap aku mampu ada di sisimu.

Online.

“Kau okay? Kau jaga diri? Kau jaga makan?”

“Kalau aku kata tak ke semua?”

Dan aku masih di sini memikirkan jawapan untuk satu ayat itu.
Aku harap aku mampu ada di sisimu.
Dengar segala luah hatimu dan keluhmu dan ceritamu.

“Kau tahu aku sayang kau? Hubungi aku bila-bila.”

“Aku okay lah. Kau jangan risau.”

Last seen on 2.30 am.

Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, aku masih terfikirkan engkau.
Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, aku harap engkau jaga diri.
Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, aku harap kita bisa berjumpa dan cerita.
Dalam kekalutan dunia, dalam kesibukan manusia, aku harap aku ada di sampingmu

Dituju khas untuk teman baik yang pertama lihat aku titiskan airmata; Nur Muhammad.

No comments:

Post a Comment