Saturday, April 19, 2014

#17

Ya. Aku tahu hidup ini susah.
Ya. Aku tahu hidup ini banyak pancaroba.
Ya. Aku tahu hidup ini sarat dengan drama tak signifikannya.
Ya. Aku tahu hidup ini berat dengan propaganda busuknya.
Ya. Aku tahu hidup ini berliku bersimpang bengkok jalannya.
Ya. Aku tahu hidup ini ada naik ada turun ada sedih ada bahagia ada suka ada lara.
Ya. Aku tahu hidup ini terlalu payah untukmu.

Ya. Aku tahu kerna aku alami hidup dan aku rasa dan aku punya satu.

Susah memang susah, sakit memang sakit, duka memang duka, payah memang payah.

Tapi cuba kau buka minda buka mata dengarkan dan perhatikan dan cuba;
Kerna bila kau cuba kau mampu rasa sikit gembira dan sikit bahagia dan sikit suka.

Sayang, macam mana nak rasa tu semua kalau kau masih di hujung dinding sepi sana keseorangan menadah air mata bertemankan depresi tanpa punya usaha lakukan apa apa?
Sayang, tak rugi kalau kau cuba untuk kali kedua, ketiga mahupun kali ke sembilan puluh sembilan sekalipun kerna bila kau cuba nescaya kau akan pasti rasa apa aku rasa sikit demi sikit.
Sayang, berikan hidup kamu itu sedikit masa dan cuba untuk ubah segala yang menjatuhkanmu dan jauhkan apa apa yang beri kamu sengsara kerna jujurnya hidup ini punya lebih banyak makna dari duka lara sedih susah payau pahit luka sakit.
Sayang, ayuh pegang erat tanganku dan bangkit untuk cuba. Cuba untuk hidup dengan lebih bermakna dari kau duduk tersungkur bersimpati ke atas diri sendiri. Cuba untuk lebih berani dalam hidup. Cuba untuk hidup dalam kehidupanmu.
Sayang, jangan mudah beralah dengan hidup. Jangan mudah putus asa. Jangan mudah terus jatuh.


Kerna aku, sayang, seorang insan yang dahulunya hingga kini belum baik parah lukanya masih mampu rasa bahagia.

2 comments:

  1. Jika luka penyebab kita tidak dapat menikmati hidup,
    bagaimana hidup dapat mengubat luka?

    ReplyDelete
  2. Dari pikiran sy; bila kita dibutakan dengan peritnya luka, hidup jadi tak kena, serba serbi tak sempurna.
    Untuk mengubat luka, pd hemat sy, sibukkan diri dengan hidup, fokus dengan menjalani hidup walau tak indah mana agar ruang merasa luka sikit2 hilang menjadi tiada.

    ReplyDelete