Saturday, March 15, 2014

#16

Kau pernah ada seseorang itu yang hadirnya dia dalam hidup bikin kau senyum satu hari?
Kau pernah ada seseorang itu yang mampu bikin kau bahagia dengan hanya adanya dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang terlalu sayangkan engkau dia sanggup lakukan apa saja?
Kau pernah ada seseorang itu yang sentiasa ada untuk engkau walau engkau jarang jarang ingat ke dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang kejap kejap kau perlukan dia dan kejap kejap kau pinggirkan dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang tidak mahu mengongkong engkau lalu dia biarkan kau bersama mereka?
Kau pernah ada seseorang itu yang tidak mahu menyakiti engkau lalu dia pendam segala duka yang kau beri?
Kau pernah ada seseorang itu yang jaga engkau walau dari jauh walau engkau jarang jarang ambil tahu perihal dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang terima baik buruk kau walau ramai yang bilang untuk jauhkan diri dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang kongsi semua rasa dia ke engkau dengan harapan kau akan bersama dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang meghargai kewujudan engkau walau kau mensia siakan kebaikan dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang kau sesal kerana tak sayangkan dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang kau sesal kerana tak jaga dia sebaik mungkin ketika dia masih ada?
Kau pernah ada seseorang itu yang kau sesal kerana tinggalkan dia dan biarkan dia tinggalkan engkau?
Kau pernah ada seseorang itu yang kau sesal kerana terlalu banyak menyakiti dia?
Kau pernah ada seseorang itu yang kau janji akan hargai dia dan bagi seluruh hati engkau ke dia jika masa akan berputar sekali lagi?
Kau pernah ada seseorang itu yang istimewanya di hati tapi jarang dikasihi?
Kau pernah ada seseorang itu yang selama ini kau sayangkan namun tak pernah kau luahkan?

Aku pernah ada.
Dan aku sia siakan dia.
Dan kepada dia;
Moga airmata yang aku engkau kongsi pada hari hujan ketika Julia jadi saksi saat perpisahan kita menjadi momen manis kita berdua.
Terima kasih untuk segalanya.

No comments:

Post a Comment