Sunday, December 22, 2013

#13

Aku tahan untuk tidak caci maki dia tahan untuk tidak cerita hal hal buruk kau tahan dari terus dipersalahkan oleh semua.
Aku tahan untuk tidak menyakiti hati kau tahan untuk tidak memalukan dia tahan dari terus diburuk burukkan oleh semua.
Aku kata aku yang salah aku yang jahat aku yang ego aku yang buruk aku yang teruk aku yang banyak khilafnya aku yang patut dimaki dan dihumban ke loji itu semua aku.
Aku kata engkau yang patut dibelai dan dimanja dan patut dikasih dan ditimang timang dan tidak patut dipersalahkan dan kau yang patut disimpati dan yang baik belaka itu semua kau.
Memang bodoh.

Aku fikir aku terlalu ego terlalu keras kepala.
Aku fikir aku terlalu keras ke engkau terlalu benci.
Aku fikir aku terlalu melampau ke dia terlalu marah.
Aku fikir kau terlalu baik terlalu naif.
Aku fikir kau terlalu sayang ke aku terlalu kasih.
Aku fikir kau terlalu banyak mohon maaf terlalu rasa bersalah.
Memang bodoh.

Nah, kasi palit semua najis ke aku.
Nah, kasi cerekarama profesional kau dan dia buat tontonan aku.
Nah, kasi maruah aku dan hati aku kalian begitu beginikan.
Nah, kasi aku dibodohkan dipermainkan kalian seperti cendana.
Memang bodoh.

Mohon maaf kau sudah aku ludah.
Kata sayang kasih manja sudah aku berakkan semua.
Muka engkau sudah aku bakar bersama wajah dia.
Memori itu sudah aku letak cuka biar rasa payau semuanya.
Ego aku yang satu ini sudah aku letak serba satu percaya aku ke dia.
Memang bodoh.

Hati aku yang terlalu dalam lukanya sudah merah darahnya lagi terkoyak halus melihat kau dengan dia.
Bibir yang kering sudah terkatup rapat gigi diketap kuat tatkala melihat kau dengan dia.
Mata yang dahulunya sarat dengan airmata pilu kini marak dengan api marah ketika melihat kau dengan dia.
Tangan ini yang dahulunya kau telusi dan kau hargai ini menggigil kuat sedang aku menaip bait kata kata ini.
Memang bodoh.

Hampa; kau menyimpang jauh dari sangkaan aku.
Kecewa; aku terlalu percayakan kalian.
Marah; sangkaan aku bahawa kalian itu suci niatnya ternyata meleset.
Hampa; aku dan kau selama ini seakan tidak punya makna.
Kecewa; aku terlalu menyalahkan diri sendiri selama ini.
Marah; aku begitu senang diperkecilkan sebegini.

Memang bodoh; aku terlalu begitu simpati.
Memang setan; dua orang bajingan ini.
Memang celaka; terpaksa menaip ini dengan tangan yang gigil kerana kau dan dia.

Kau dengan dia; boleh pergi mati.
Moga bahagia kehendaknya bersama berdua.
Setan betul perangai.

No comments:

Post a Comment