Saturday, November 2, 2013

#8

Aku tahu kau cantik kurus putih mulus comel molek orangnya.
Aku tahu kau tahu kau cantik kurus putih mulus comel molek orangnya.
AKu tahu kau tahu yang dia tahu kau cantik kurus putih mulus comel molek orangnya.
Tahu apa aku sembang sekarang?

Kau fikir kau siapa?
Kenyang makan kawan sendiri?
Kenyang makan kenalan rapat kau sendiri?
Kenyang makan insan yang sayangkan kau seadanya?
Kenyang makan dia satu satunya orang yang sanggup lakukan apa sahaja untuk sama sama dengan engkau?
Kenyang makan hati dia yang kau rembat terang terang dengan tabur harapan dusta?

Sebab kau cantik kurus putih mulus comel molek tidak diterima aku sebagai alibi engkau untuk khianati dia, untuk aniaya dia, untuk mainkan perasaan dia, untuk gelodakkan jiwa dia, untuk tipu dia.
Sebab kau cantik kurus putih mulus comel molek tidak diterima aku sebagai alasan untuk dia sanjung kau, puji kau, angkat kau tinggi tinggi, sayangkan kau, bagai semua rasa sayang dia ke engkau.
Sebab kau cantik kurus putih mulus comel molek tidak diterima aku untuk dia terus terangankan mimpi indah yang tinggal mimpi, untuk hatinya terus luka berdarah, untuk dia jadi begini begitu.

Kau perempuan jahat.
Topeng kau pasang waktu siang mungkin bisa kaburkan pandangan semua, mereka, dia tapi bukan aku.
Lakonan yang kau layarkan masih amatur pada kaca mata aku walaupun mereka membuta tuli percaya.

Kalau kau benar benar tidak bersalah, mari buktikan.
Sini datang dan buktikan.
Bilang semuanya satu persatu dan buktikan.
Bertanggungjawab atas semuanya dan buktikan.
Kalau benar kau memang punya satu istimewanya sebalik cantik kurus putih mulus comel molek kau yang sia sia itu.
Mari buktikan.
Buktikan kalau kau benar benar bukan perempuan keberet benar benar bukan perempuan jahat.

No comments:

Post a Comment