Monday, November 18, 2013

#11

Penulisanku banyak dicoret kerana engkau.
Emosi aku banyak diganggu kerana engkau.
Minda aku kerap diracun kerana engkau.
Karya cincaiku banyak dilakar kerana engkau.
Sampai bila lagi aku mahu terus terusan ingat akan engkau?
Pasrah.

Aku harap sudah sudahlah tangan aku ini dari menulis cerita cerita berkisahkan engkau.
Aku harap nafsu liarku untuk menulis berhenti dari mencoretkan momen momen bersebabkan engkau.
Sampai kapan lagi aku mahu terus terusan taruh harapan pada memori yang telah lama mati?
Pasrah.

Aku mahu bercerita yang indah indah yang gumbira yang bahagia yang lucu dan yang seronok.
Aku mahu bercerita kerana mereka yang lain yang ada dalam hidup aku kini yang masih mahu menyimbahkan sikit sikit sinar bahagia dalam diri agar mampu menghadirkan senyum setiap hari.
Aku tidak mahu lagi ingatan akan engkau terus mengisi minda aku.
Sampai kapan lagi aku mahu terus terusan termimpi mimpi akan angan angan yang sudah lama terkubur?
Pasrah.

Moga moga tiada lagi engkau dalam setiap satu penulisanku.
Moga moga tiada lagi engkau dalam setiap satu coretanku.
Moga moga tiada lagi engkau dalam setiap satu lakaranku.
Moga moga tiada lagi engkau dalam setiap satu contenganku.
Moga moga tiada lagi engkau dalam setiap satu mimpi mimpi malam aku.
Moga moga ini kali terakhir aku sembang semua perihal engkau.
Moga moga engkau terus hanyut hilang seperti memori kita yang dulu dulu.
Pasrah.

Aku mahu terus cuba.
Cuba untuk terus melupakan.
Melupakan terus tentang engkau.
Doakan aku berjaya ya?
Dan engkau selamat berjaya berjuang dalam peperiksaan besarmu itu.

No comments:

Post a Comment