Saturday, October 12, 2013

#5

Hai babe, hai darling, hai perempuan.
Satu soalan punya aku mahu tuju.
Apa mahu engkau lagi?

Engkau perempuan yang ranapkan percaya dia ke aku.
Engkau perempuan yang apikan dia khianati percaya aku.
Engkau perempuan yang menjadi punca semua sengketa aku dan dia.
Engkau perempuan yang ternyata jadikan aku seperti badan tak bernyawa.
Engkau perempuan yang bawa jauh dia dari aku.
Engkau perempuan yang siksa hati dan perasaan jadi cilaka.
Engkau perempuan yang menghilangkan aku terus dari realiti dunia.
Engkau perempuan yang malapkan cahaya bahagia wujudkan duka dan lara dalam hati.
Engkau perempuan yang bikin aku usaha gigih hilangkan kotak memori yang satu itu.
Engkau perempuan yang jadikan aku indah khabar dari rupa.
Engkau perempuan yang buat aku benci ke dia.
Engkau perempuan yang tak serik ke sana ke mari campur hal aku dan dia.
Engkau perempuan yang terus jadikan aku perempuan paling ego dalam dunia.
Engkau perempuan yang kononnya simpati ke dia.
Engkau perempuan yang kononnya hanya mahu menghulur bantuan.
Engkau perempuan yang sia-siakan usaha aku untuk padamkan dia.
Engkau perempuan yang cuma kenal hanya sekadar nama aku.
Apa mahu engkau lagi?

Nah aku lepas tangan lepas hati lepas semua dari dia.
Nah simpan dia ambil dia simpati ke dia.
Nah nah nah nah nah nah nah.

Lamanya aku usaha lamanya aku ego lamanya aku pendam lamanya aku tahan.
Engkau datang lagi muncul lagi kembali lagi campur hidup aku lagi nak apa!

Dia sorang dan kini aku sorang.
Aku dan dia sudah putus tali ikatannya gara gara engkau.
Pergilah.
Blah lah.
Alasan tolong kawan bisa jadi alibi engkau?
Alaf 2013, kepercayaan itu kira dipandang enteng hanya dipijak sebelah mata.
Apa engkau dengar aku minta perhatian minta simpati minta tolong lagi lagi dari engkau yang entah sesiapa?
Blah lah.
Aku tak mahu sampai wujudnya orang bergelar Jalang dalam episod hidup aku.
Pergilah dengan hidup engkau selagi aku masih usaha masih ego masih pendam masih punya sabar dan masih waras.
Blah lah.
Kau cakap apa bilang apa kata apa; aku salah faham aku tidak faham aku tidak dengar penghujung cerita aku tidak mengerti pemulaan cerita aku terlalu ego aku terlalu lebih marah tanpa usul periksa; serupa kau curah air pada keladi.
Aku tahu dan faham semuanya. Soalnya sekarang aku tak suka. Aku tak suka!
BLAH LAH.

No comments:

Post a Comment