Sunday, September 8, 2013

#2

Kau nak bincang isu adil belas kasihan simpati dan perhatian dengan aku? Dipersilakan.
Kau nak bincang rasa tak puas hati rasa dikihianati rasa ditipu hidup hidup rasa ditikam dengan parang tajam dari belakang rasa disisih dan dipinggir dengan aku? Dipersilakan.
Kau nak bincang asam garam masam manis cacat cela pahit payau segala lancau rasa hidup dengan aku? Dipersilakan.

Mudahnya bibir mungilmu berkata aku takkan faham aku takkan peduli aku takkan rasa semua bullshit yang kau terpaksa hadam telan satu persatu. Aku jentik karang.

Kau nak emosi dengan aku si emosi?
Kau nak marah aku si pemarah?
Kau nak lempar perlian ke aku si sarkastik?
Kau nak arah aku jalan hidup aku guna panduan kamus hidup empunya engkau?
Apa engkau fikir aku manusia tiada hati tiada perasaan tiada belas kasihan tiada warasnya?
Apa engkau fikir dalam senyum aku tak pernah wujudnya sedihnya?

Kau belum cukup tahu banyak mana isi lautan sudah mahu digelar peneroka.
Pahit manis aku nyata beza banding pahit manis engkau.
Tahi dilempar ke aku nyata beza banding tahi dicampak ke engkau.
Calar hati aku nyata beza banding koyak jiwa engkau.
Sakit aku nyata beza banding sakit engkau.
Kau aku. Dua jasad sama. Roh nyata beza. Tak mungkin rasa bullshit yang sama.

Hanya mampu pertikaikan tindak tanduk masing masing tanpa mengerti niat hati sebenar.
Sekarang kau bilang siapa yang adil siapa yang faham siapa yang dipinggir?
Salam sayang. Anggap saja jasad aku bawa diri bersama bintang malam menemani sepi luka.

No comments:

Post a Comment