Wednesday, August 28, 2013

#1

Tipulah kalau aku cakap aku tak marah.

Tipulah kalau aku cakap aku tak kecil hati.

Tipulah kalau aku cakap aku tak ambil tahu.

Tipulah kalau aku cakap aku tak kisah.

Tipulah kalau aku cakap aku dah tak peduli.

Tipulah kalau aku cakap api cemburu tak pernah nyala.

Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu.

Tipulah kalau aku cakap tiada sekelumit rasa sayang aku ke engkau.

Memang aku marah; memang aku kecil hati; memang aku ambil tahu; memang aku kisah; memang aku ambil peduli; memang cemburu aku rasa; memang aku rindu; memang hati masih punya sayang.

Aku tak sukalah rasa terapung rasa di awangan rasa sialan rasa kosong rasa sempit rasa duka rasa segala rasa yang aku dah pernah buang rasa-rasanya dulu.

Kenapa engkau perlu munculkan diri walhal engkau yang cilakakan perasaan?

Ah sialan.

Kepala terus terusan berdenyut lagi rancak lagi galak tanpa pinta simpati. Tak guna.

No comments:

Post a Comment