Tuesday, November 17, 2015

#39

Hala tuju aku hanya satu. Aku mahu terus capai destinasiku. Kemahuan aku hanya satu.

Berdering telefon bimbit bikin kaget. O12 tertera di skrin. Hanya nombor tiada nama. Diangkat setelah beberapa saat aku biar.

'Assalamulaikum, Hello?'

'.......'

'Hello? Ni siapa? Nak cakap dengan siapa?'

'.............'

'Um..helloooooooooo?'

Tiada jawapan untuk kali ketiga terus aku tutup dan carut. Ah dasar puaka ini orang mahu aku kumpul dosa. Lagu Kim Yerim aku dengar entah kali ke berapa dan aku pasang sepenuh volume.

Saat aku sampai ke destinasi..

Dering telefon lagi. Dan sekali lagi nombor yang sama masih tiada nama yang tertera.

Aku biar dan tunggu. Sabar aku sudah goyah stabilnya.

Henti deringan setelah berapa lamanya.

Lagu bermain rancak di telinga. Aku tutup mata kasi feel dalam jiwa.

Hala tuju aku belum sempat aku capai.

Dering kali ketiga. Ini mahu bikin filem Conjuring 2.0 ke macam mana.

Aku angkat dan sebaik mungkin aku bertutur, 'Hello nak cakap dengan siapa?'

Dan masih tiada jawapan berbalas dari talian sana. Aku diam dan tajamkan telinga.

Ah sudah hanya hembusan nafas aku dengar. Aku tutup.

Kali ini lagu Repvblik jadi santapan hiburan.

Yessss sudah mahu tercapai hala tuju aku yang satu itu.

Kiraan


 5,


4,


 3..


2..


1..


zrrrtzrrrtzrrrrtzrrrtzrrrtzrrrrt henfon bergetar ada panggilan masuk.

Fuh.

AH INI MEMANG DASAR SYETONIROJIM NI AH AMENDA SIAAAAA SAJA KE MACAM MANA NI APA PUAKA SANGAAAT NIII.

Deringan dan 012 tanpa pemiliknya bikin aku tekan butang ignore dan biarkan.

'Lantak hengk0 lah yop bazir kredit tak cakap apo. Tak kuasa nak layan.' bisik hati.

Sedang aku tenangkan ngamuk menggila gara gara si Halimunan ganggu rencana aku seraya itu aku mendapat satu pesanan ringkas.

'Maaf. Rindu suara. Tiada niat nak ganggu. Jaga diri.'
Untuk pertama kalinya seakan akan lagu mengiring diri seperti memerli aku yang terpinga-pinga.

Aku tutup mata. Lagu Repvblik yang sarkastik masih di gegendang telinga.

Dan untuk beberapa minit lamanya aku capai kemahuan aku yang satu itu.





Tidur. Em dapnyaaa.

Monday, August 31, 2015

#38

Hello there,


king of typo-silent ninja-food hunter-cat whisperer-January partner-Tobby's owner-Timmy's buddy,


nice to meet you.

Friday, July 10, 2015

#37

Ma selalu usik usik padan padankan aku dengan kawan baik lelaki itu.

"Adik, tak nak belikan hadiah birthday untuk N ke?"
'Tahun ni tak kut, dia tak bagi kita pun hahaha.'
"Ish kau ni, nanti boyfriend kau lari.."
'Boyfriend? N? Ma ni memandai je.'

             Setiap kali Ma berjaya bangkitkan isu akan N yang rapat dan baik dengan aku, setiap kali itu juga Taiga mesti berdehem.
Beliau akan tersengih dan memerli, 'Apa lah baru masuk uni takkan dah fikir boyfriend ala tak cari pun nanti dia datang gak' sambil mecucuk bahu Ma dan mengangkat kening ke aku.

Setiap kali aku bentak bentak dalam diam, semua turut diam tidak menahu cara melayan emosi aku yang tak stabil. Aku akan berkerut teruk hingga bercantum kening nipis ini, semua serba serbi tak kena pada mata dan Taiga akan perlahan perlahan usap belakang aku dan berbisik menanyakan akan hal aku. Sedikit sedikit runtun hati aku dek usapan perlahan itu,aku jadi sebak.

Setiap kali aku diberi tanggungjawab, semua pasti tak gagal dari usik usik dengan jenaka puaka disebabkan imej aku yang terkenal dengan sifat clumsy dan kelam kabut dan sentiasa terserempak dengan masalah.

“Eh boleh ke erin gi bayar yuran kat bank sorang sorang? Jangan nangis kat pak guard pulak.”
“Tak nak aku naik kereta dengan erin walau ada P, boleh sesat sampai Seremban padahal nak gi Plaza Pelangi je karang.”
“Tak percaya lah dia ni nak hidup sorang kat shah alam tu. Kalau si bongsu tu lagi aku percaya lah.”
“Pandai check in untuk flight tak? Nak orang temankan ke, kau ni bukan betul.”

Taiga juga akan turut berdekah dengan mereka namun di balik tabir, beliau bawa aku ke bank menyuruh aku bersendirian sempurnakan segala urusan kewangan dengan berkiblatkan cakap tunjuk beliau dan bukan dengan bantuan siapa siapa. Taiga tak lepas bertanya “ok tadi?” setiap kali aku selesai kelas memandu dan “apa yang tak ok?” setiap kali aku mengeluh. Walau aku gelabah seketika di lapangan terbang, Taiga akan setia memerhati sambil berpeluk tubuh berdiri di belakang hujung sana meyakinkan aku. Dan beliau langsung tak pernah omong bahawasanya dia tak percaya aku tak boleh. Melihatkan betapa yakin beliau meletakkan percayanya ke aku, aku jadi sebak.

Setiap kali sampai waktunya untuk aku berpisah daripada mereka atau baru pulang ke rumah, aku akan tertawa kecil melihat Ma yang akan mengesat tubir mata setiap kali kami selesai berpelukan. Ala biasalah hati orang tua. Namun hari itu, giliran aku mengesat mata apabila aku bersalaman dengan Taiga, beliau menarik aku untuk mencium pipinya dan lantas beliau merangkul bahu untuk berdakap sebentar. Melihatkan beliau yang meminta untuk berpelukan padahal waktu selalu selalu kami hanya akan bersalaman, aku jadi sebak.

Hari itu terbaca akan satu kisah tentang seorang suami yang dahulunya tidak pandai mengaji kini hanya berdamping dengan al-Quran membuatkan aku teringat akan Taiga. Tak, kisah itu tidak berkenaan dengan Taiga. CUma gambar yang dikongsi mengingatkan aku akan beliau yang tidak pernah gagal dari memeperdengarkan alunan ayat suci setiap hari di rumah dan apabila aku sedar bahawa aku rindukan suasana itu, aku jadi sebak.

Selepas dua minggu diberi peluang beribadat di rumah Allah, kami pulang ke tanah air dengan hati yang berat. Imej bertudung ketika aku di Mekah dan Madinah aku kekalkan di sini sejurus selepas kami touchdown Malaysia. Tiada siapa siapa yang bilang apa apa ketika semua keluar bersama namun ketika aku dan Taiga sedang menunggu yang lain di luar kedai, beliau mengusap kepala aku tanpa berbicara dan sambil tersenyum lebar, aku jadi sebak.

Hari aku pulang kembali ke shah alam, hari jatuhya Hari Bapa. Menjadi diri yang serba serbi kaku dan awkward, aku jadi tak keruan setiap kali bertentang mata dengan Taiga kerana takut takut beliau mengharapkan ucapan dari bibir mungil aku. Ketika dalam perjalanan, radio mengucapkan Selamat Hari Bapa Sedunia dan aku bertambah tak keruan. Beliau yang menanyakan aku cara membalas ucapan ringkas dari Alep itu bikin bertambah lagi tak keruan. Saat menghantar aku ke dalam, Taiga memeluk aku lama, ‘jaga diri’ dan aku terlepas peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa  ke beliau, aku jadi sebak.

Hari itu aku dikejutkan dengan berita sedih, jiran aku kembali ke rahmatullah meninggalkan isteri dan anak anaknya. Seorang anak perempuan yang sebaya kakak aku. Jiran sebelah rumah dan umurnya berdekatan dengan Taiga. Meninggal kerana serangan jantung walhal pada sebelah malamya, Taiga berjumpa dengan arwah masih sihat. Memikirkan ajal manusia yang pasti sampai yang pasti berlaku tanpa kita sedia atau tidak tanpa kita jangka atau tidak dan memikirkan akan ubun putih Taiga yang semakin bertambah dan keadaan kesihatannya dan kondisi beliau yang masih bekerja, aku jadi sebak.

Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dipanjangkan umurnya untuk mewalikan aku nanti.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan untuk melihat aku di atas dewan nanti.
Selamat Hari Bapa untuk hari itu.

Selamat Hari Lahir pa, x

Wednesday, July 8, 2015

#36

          Almost Lover dari A Fine Frenzy menjadi halwa telinga malam ini dengan harapan mampu tenangkan hatinya yang serba serbi gelisah. Seperti mana mana lepasan SPM, dia sedang menghabiskan masa senggangnya dengan hiburan yakni twitter dan instagram. Skrol skrol skrol like like like skrol skrol skrol rt rt rt skrol skrol..eh jap. Matanya tertumpu pada satu gambar. Gambar itulah yang sedang dia tunggu dari laki laki itu disamping satu panggilan telefon, satu kiriman esemes, satu teguran dari whatsapp, hanya satu dari laki laki itu yang ditunggunya dan dia hanya mampu berpuas hati dengan senyap senyap menerjah twitter dan instagram laki itu sembunyi sembunyi. Ah. Loser? Pathetic? Sadis? Ahh to the hell with all of that.
Dia tersengih sumbing membaca butir butir kapsyen dan lama gambar gambar itu ditatapnya. Rindu, barangkali.Siapa sangka suara yang sering sahaja memekak dan bingit bingit sebut sebut nama dia, suara itu juga yang pernah merdukan Mewangi, Akim bikin dia senyum senyum tiap kali mendengar voice note itu. Siapa sangka kalau dulu gaduh gaduh maki maki jerit jerit, bisa terputik satu rasa bikin dia jadi keliru dengan jiwanya sendiri. Kalau dulu sebutan 'eh sayaaaang' dan 'good morning baby' menjadi pengikat derai ketawa mereka pagi pagi, sebutan sebutan itu sekarang pengikat rindu dia ke laki laki itu pada lewat malam. Tak ku sangka tak ku duga akhirnya ada sikit cebis perasaan sendiri bertaut jua. 'Ah parah.' Bisik hati kecilnya. Dia bingkas bangun dan perlahan perlahan menuju ke dinding memori yang tertampal gambar gambar yang diambilnya.

-------

"Weh serious aku taktahu apa masalah dia sebenarnya. Aku ingat dia merajuk dengan kau sorang je ke apa tapi tadi aku tegur dia pagi tadi, dia jeling aku je weh?!"

'Ha kan, aku tau, aku perasan.' Suaranya lemah mengadu.

"Dia macam ada masalah lah? Habis tu takkan dia dah tak nak kawan dengan kita ke apa? Sombong gila macam tu tetiba."

'Hahaha entahlah. Aku pun cakap hai satu minggu ni depan mata dia macam biasa, dia tak pandang aku sekali pun.' Suaranya semakin sayu. Hatinya semakin pilu.

"Ala kau jangan emo pulak hahaha."

'Haha tsk tsk taklah tsk tsk.' Jatuh dari tubir mata.

"APSAL KAU NANGIS? KAU SELAMA INI TERKESAN KE? LAH AKU INGAT KAU MEMAIN JE DOHH WEH BUKAN KORANG GURAU GURAU JE KE? WEH KAU SANGKUT KAT DIA KE?!"

'Haha apa aku ni...'

Mengapa? Entah. Dirinya sendiri keliru. Pentingnya, hatinya jadi hiba pagi itu. Kertas latihannya basah hasil jatuh mutiara jernih itu.

-------

"Weh jom lah balik! Dah petang ni!"

'Um kau tunggu kejap boleh tak? Aku nak ambil gambar dengan dia. Sekali ni je. Last.'

Sahabatnya tersenyum. Simpati. "Pergilah, good luck."

Dupdapdupdapdupdapdupdapdupdap. Rancak berdetak bunyi jantungnya. Fuh, rilek rilek.

'Oi jom amik gambaaar.' Senyum manis dilemparnya ke dia.

"Em jap bagi aku tukar baju."

10 minit berlalu. Dia masih berdiri di situ, menunggu. Kawan kawannya menggesa balik untuk mengejar bas. Masih tidak nampak kelibat si dia. Dilambai lambai tangannya sebagai isyarat untuk mereka jalan dahulu. Pasti, dia mahu menunggu.

"Weh jom lah balik. Kau dah tunggu kan? Dia dah tak nak lah tu."

'Taklah, tak. Dia cakap dia nak tukar baju je.'

Masih berdegil. Tak mungkin janjinya dimungkir. Dia percaya si dia pasti akan muncul lambat laun. Dia pasti. Matanya melilau mecari cari kehadiran dia tetapi gagal. Hatinya berdegup laju. Dia tertanya tanya. Jadi perlahan perlahan dia membisik, 'Hari ini je. Biarlah hari ini mungkin jadi kali terakhir aku ukir satu lagi memori dengan dia. Kalau dia muncul, aku tak minta apa apa lagi dah, aku tak harap apa apa lagi dah. Kali ini je, hari ini je!' Dia pusing ke kanan ke kiri. Dia tertunduk. Tatkala mengalihkan pandangan, dia menarik nafas dan menghembus perlahan lalu tersenyum. Laki laki itu berbaju merah dan berdiri di hadapan matanya lalu terus ke sisinya.

'Weh! Tolong amikkan gambar!' Jerit dia ke temannya.

"1 , 2 , 3~" Click!

'K dah. Thanks tau. Um okbai jaga diri jangan stres ke apa jaga diri eh jangan lupa aku tau hahaha ok lah aku balik dulu take care!
Ok baaaai!'

-------

          Senyumannya masih meleret. Dia meletakkan kembali gambar polaroid itu ke dalam dompetnya. Dia puas. Puas hati. 
Tak mahu bersedih sedih. Hatinya lega. Biarlah terindu terindu. Biarlah terbayang bayang. Tak minta apa apa lagi dah, tak harap apa apa lagi dah. Terus menekan butang 'back', keluar dari twitter si dia, keluar dari instagram si dia. Dan dia puas. Hatinya lega. 
Tak mahu bersedih sedih. Butang 'next' ditekan. Dia tersenyum tatkala Dan Sebenarnya-Yuna menjadi teman pengganti malam ini.
Pabila kau merenung matanya, ku rebah jatuh ke bumi.